Tuesday, July 29, 2008

Bolehkan kita bersedekah kepada orang kaya

Bolehkan kita bersedekah kepada orang kaya?

Sedekah kepada orang kaya tidak mencapai matlamat bersedekah unutk mereka yang Memerlukan. Dalam hal ini, saya suka menyentuh dalam hal bab daging korban. Sepatutnya golongan kaya tidak perlu mengambil daging korban. Ia patut diberi
kepada orang yang lebih memerlukan. Ada golongan fakir yang berada di luar bandar yang hidup mereka sangat daif . Golongan beginilah yang patut diutamakan.


Bagi orang berada pula, mereka yang berhajat menunaikan ibadat korban eloklah mencari kawasan yang mempunyai fakir miskin ataupun negara jiran yang memerlukan. Semua ini hanya boleh dicapai jika nafsu tunduk kepada agama dan akal. Ini kerana nafsu ini tidak pernah puas. Bagi mencapai tingkatan nafsu mutmainnah, nafsu perlu dididik dengan Agama, ilmu, amal dan akal. Selagi ini berlaku, manusia akan selamat.

konsep sedekah dalam Islam

Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.

Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan.

Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.

Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut.

Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

Membantu sesama saudara islam

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]

Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberiminum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.[Hadis Riwayat Hakim]

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelakitelah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? Baginda saw menjawab : Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. [Hadis Riwayat Bukhari]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...