Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan:
"Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada Sepuluh Manfaat; Lima akan diberikan di dunia, dan Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak.

Home Top Ad

Apakah konsep sedekah dalam Islam? Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas pentin...

konsep sedekah dalam Islam

Apakah konsep sedekah dalam Islam?

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.

Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan.

Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau, rumah anak yatim atau sebagainya.

Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut.

Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

3 comentários:

Ermants said...

Assalamualaikum..

NIce post My friend about sedekah...

Ramai orang ingat sedekah itu akan mengurangkan duit mereka jadi ramai juga yang kurang bersedekah. Saya alhamdulillah sekarang nie hari2 bersedekah. Saya jadikan ianya satu gaya hidup. walaupun saya kurang duit saya sedekah juga sebab lebih baik melabur pada jalan ALLAH dari melabur tempat bukan2..

ERMAN from KOta Kinabalu, Sabah
erman.ikhlas@gmail.com

Abe said...

Dalam hukum tarikan juga seperti ni, kalau niat tak ikhlas, jangan bersedekah.

Sedekah inginkan balasan pun tidak ikhlas.

Menceritakan kepada orang kita sedekah pun, mungkin menunjukkan kita tidak berapa ikhlas.

Bg saya, tangan kanan yg memberi, tangan kiri tidak tahu.

Allahualam.

saya setuju...biar kita dan Allah je yang tahu... =) itu lebih baik...